Budak Kroh Headline

Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Untuk tazkirah agar kita tidak menyesal apabila berlalunya Ramadhan.....


Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal. 

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..'

Mahsyar Kat Mana

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
          Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
          Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
          Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
        2)tak ingat
         3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
          Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
        Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.          Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.          Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
          Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..          ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...
    Terdapat dua jenis manusia
          1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
          2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

Jauhi Tiga Jenis Manusia Yang Akan Mendapat Laknat Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya". (Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)

Berdasarkan hadis di atas terdapat tiga macam manusia yang akan mendapat laknat Allah SWT iaitu :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Kedua : Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya.

Ketiga : Seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya.

Huraiannya :

Pertama : Seorang yang membenci kedua ibu bapanya.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua ibu bapa ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah (harus), begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat). Jika melanggar perintah kedua ibu bapa sudah dianggap derhaka apatah lagi membenci keduanya terutama ketika mereka berdua telah tua dan memerlukan bantuan dan pembelaan.

Dalam sebuah hadis dijelaskan, Rasulullah SAW bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata: seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis". Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jadi perintah ibu atau bapa yang bukan bersifat maksiat atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah nya bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

Di dalam Islam orang yang derhaka dan membenci kepada kedua ibu bapanya termasuk ke dalam kategori dosa besar setelah mensyirikkan Allah, dan akan di masukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)

Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat oleh Allah SWT.dan hidupnya di dunia ini tidak akan ada keberkatan kerana reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa kepada anaknya.

Adab Twitter by Salim A. Fillah (sama dengan facebook)


Subhaanallah… malam kemarin hingga pagi ini ustadz Salim A. Fillah berbagi Adab Twitter (#adabtwitter) yang sangat bermanfaat. Meskipun judulnya #adabtwitter, kulwit tersebut berisi prinsip-prinsip yang juga berlaku di facebook dan media sosial lainnya. Langsung saja kita semak :

1. Tak congkak kalau difollow, tak kecewa jika di-unfollow, tetap berkebajikan ketika di-block, bersyukur saat kebaikan di-RT. #AdabTwitter

2. Mericau yang baik: benar isi, indah cara, tepat waktu, bermanfaat, & berpahala. Atau DIAM menyimak, ambil ‘ibrah terbaiknya. #AdabTwitter

2. Hindari dusta meski sedang bercanda. Hindari debat-perbantahan yang tak lahirkan amal, meski berada di pihak nan benar. #AdabTwitter

3. Memaafkan khilaf-khilaf sesama, menyuruh senantiasa pada yang baik adanya, mengabaikan yang jahil nan tak berharga. #AdabTwitter

4. Me-RT hanya nan jelas benar, baik, & bergunanya; sebab cukuplah disebut dusta dia yang katakan segala nan didengarnya. #AdabTwitter

5. Benci & permusuhan pada orang atau pihak tak boleh hingga lunturkan akhlaq mulia, kesantunan kata, & sikap adil kita. #AdabTwitter

6. Semua tweeps itu Guru, apapun tweetnya. Bukan sebab mereka pasti bijak. Tapi kitalah yang selalu belajar tuk jadi bestari. #AdabTwitter

7. Menista & merendahkan pribadi Tweep lain tidaklah menjatuhkannya. Itu hanya menunjukkan kerdil & hinanya diri kita. #AdabTwitter

8. Menjadi kritis tak sama dengan bersinis ria. Tak bisa bedakan keduanya menyulitkan kita beri sumbangsih pada kebenaran. #AdabTwitter

9. Balaslah tiap yang menyakitkan dengan yang menyembuhkan. Balaslah tiap yang menjatuhkan dengan yang membangunkan. #AdabTwitter

10. Sikapi tiap yang menyesatkan dengan cantiknya ungkapan berhidayah. Sikapi tiap yang keliru dengan indahnya berkebenaran. #AdabTwitter

11. Tanggapi tiap yang mengacau dengan keteraturan. Tanggapi tiap nan mem-BABI-buta dengan 7 basuhan, air & salah 1-nya debu;P #AdabTwitter

12. Mereka yang suka menghina adalah bukti bahwa dirinya rindu pemuliaan. Berikanlah selayaknya dengan murah hati. #AdabTwitter

13. Mereka nan suka menghakimi itu tanda bahwa kelak dirinya jadi terdakwa di depan banyak korban. Kasihilah dengan tulus. #AdabTwitter

14. Reaksi berlebihan ialah tanda bahwa ada luka di hati kita. (Jabat tangan pun menyakitkan bagi yang jarinya bertelusuk). #AdabTwitter

40 Kesilapan Ibu Bapa



1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

Jangan kita sangka kawan kita


Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa

Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji

Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

 Hakikatnya...

Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
Dia juga MANUSIA
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

Kata-kata renungan dari Salahuddin Al-Ayyubi


  1. Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
  2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
  3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.
  4. Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
  5. Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
  6. Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG.
  7. Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.
"Hadiah yang berharga adalah nasihat yang baik".

Islam dan Sukan


Sesungguhnya memang benar firman Allah SWT `Dan tidak Kami utuskan kau(Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam.


Inilah matlamat kedatangan Rasulullah s.a.w yang membawa risalah Islam untuk semua manusia. Islam bererti patuh dan tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu Muslim bererti orang yang patuh dan tunduk kepada Allah SWT.



Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan. Ini ialah kerana Islam amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual, jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.


Allah sebut di dalam Al-Quran `Tidak Kami Abaikan Sesuatu pun di dalam Al Kitab’(Surah Al-An’am, 38). Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi. Ini ialah kerana ia adalah wahyu Allah SWT Sudah tentu Pencipta manusia lebih bijaksana daripada manusia itu sendiri. Pembuat jam sudah tentu lebih mengetahui mengenai komposisi jam itu, kelemahanya dan bagaimana untuk menggerakkanya daripada orang yang memakai jam tersebut. Begitu juga Allah SWT lebih tahu mengenai apa yang baik untuk manusia daripada manusia itu sendiri kerana Dialah yang menciptakan manusia. Allah sudah menentukan hanya cara hidup Islam sahaja yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.

Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil  ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan . Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT

`Kamulah sebaik-baik umat yangdilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah’.

Dakwahlah Diri Sendiri Dulu, Baru Ajak Orang Lainn....

“TAK PERLU SEBOK-SEBOK PEDULIKAN HAL ORANG LAIN,  AMBIK TAHU JE HAL KELUARGA SENDIRI!”
Mereka berkata, kejahatan orang lain bukanlah tanggungjawab kita, dakwahlah diri sendiri dulu, baru orang lain. Uruskan dulu keluarga sendiri baru orang lain.
“..baiki diri dulu baru, kau ni dah baik sangat ke nak ajak orang lain..? Ajak keluarga kau sendiri dulu, baru keluarga orang lain..” seolah-olah menjadi point untuk menilai seseorang.
Masyarakat kita beranggapan bahawa sebelum memperbaiki keluarga dan diri sendiri, maka tidak patut seseorang itu memperbaiki orang lain atau keluarga lain. Tidak ada tanggungjawab terhadap kerosakan orang lain selama diri sendiri masih rosak. Sebahagian mereka  merasa tidak bertanggungjawab atas dakwah dan amar ma’ruf nahi mungkar. Kesesatan serta kejahatan orang lain bukanlah tanggungjawab mereka.
Demikianlah kaum muslimin diselewengkan oleh syaitan. Padahal alim ulama menjelaskan bahawa berdasarkan Al Qur’an, ada lima tugas yang ditanggung oleh setiap umat Nabi Muhammad SAW, iaitu:
1. Tanggungjawab atas diri sendiri
“Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (QS. At Tahrim 6)
Setiap manusia dituntut untuk memperbaiki diri sendiri dan meningkatkan keimanan serta ketaatannya kepada Allah, agar terhindar dari api neraka.

2. Tanggung jawab Keluarga.
Selain diri sendiri, seorang mukmin juga bertanggungjawab menjauhkan keluarganya dari murka Allah, dan membawa mereka kepada redha-Nya.

3. Tanggungjawab atas kaum kerabat dan sahabat dekat.
Allah berfirman, “Dan peringatilah keluargamu dan kaum kerabatmu.” (QS. Asy syu’ara 214)
Setiap mukmin bertanggungjawab untuk mengajak kaum kerabat dan saudara-saudaranya mentaati Allah.

4. Tanggungjawab atas sesama muslim di sekitar
Allah berfirman, “Dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) “ibu negeri” (Mekkah) dan (orang-orang)yang di luar lingkungannya.” (QS. Al-An’am 92)
Setiap mukmin dituntut untuk memberi peringatan dan menyampaikan agama kepada penduduk di sekitarnya dan di luar lingkungannya.

5. Tanggungjawab seluruh manusia. Firman Allah.
“Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah” (QS. Ali Imran 110)
Terakhir adalah tanggung jawab sebagai Khoiru Umat, iaitu sebaik-baik umat yang dipilih oleh Allah untuk menemui manusia untuk mengajak mereka kepada kebaikan dan menyelamatkan mereka dari murka Allah Ta’ala.

Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah

 sm
Heboh berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan  membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program tersebut:

1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishness tanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?

2. Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal ini sebagai guideline kita.

3. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.

4. Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.

5. Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal mencacamarbakan keturunan manusiawi.

6. Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?

7. Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen mereka atas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia termasuk di dalam  hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau suami pasangan itu?. 

8. Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.

Sekian dan selamat berfikir

Dr Zaharuddin Abd Rahman
4 Nov 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

 Sejarah Ramadhan
1)Ramadhan: ertinya panas terik
2)Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3)Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4)Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5)Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6)Di pilih untuk ibadat puasa.
7)Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1)Kamu akan di naungi Ramadhan.(bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2)Bulan penuh keberatan
3)Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4)Amal sunat sama dengan solat fardhu
5)Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6)Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7)Bulan menambah rezeki
8)Memberi buka banyak pahala
9)Bulan keampunan doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. Juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan -pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan - amalan di bulan Ramadhan
1)Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5)Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)Solat berjemaah setiap waktu
8)Solat jemaah di masjid/surau
9)Amalkan Qiyamulail walaupun pendek10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

PERHATIKAN 25 TANDA INI PADA ANDA

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia. Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Bukan setakat penyakit, kulit juga menjadi ‘agen’ pemberitahuan sama ada seseorang itu diselubungi perasaan tenang, gembira atau sebaliknya. Justeru, setiap orang pastinya mahu kelihatan segar, bertenaga, berseri dan mempunyai kulit yang mulus menawan.

Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Tidak kira lelaki mahupun wanita, masing-masing sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli set penjagaan kulit, makanan tambahan dan juga vitamin. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan. Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya. Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

Secara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia. Simptom-simptom tersebut hanya yang boleh dilihat di wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih tidak elok.

Selalunya seseorang hanya akan mengambil tindakan sekiranya sesuatu penyakit telah berlaku.Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’.Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan ini sebenarnya berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bola Putih Dan Bola Hitam

"Yang Mana Satu?Saya ingin berkongsi dengan anda semua akan satu perumpamaan yang mungkin boleh diambil manfaat daripadanya.

Cuba bayangkan kita sedang berdiri di hadapan dinding dan di tangan kita mempunyai dua biji bola getah. Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam. Lihatlah kepada dua biji bola getah tersebut.

Kita mempunyai pilihan samada untuk melontar bola getah yang berwarna putih ataupun yang berwarna hitam ke dinding. Dan setiapnya akan memberikan tindakbalas yang sama. Iaitu bola getah itu akan melantun ke arah kita semula setelah ia terkena dinding. Jika kuat kita melontarnya, maka kuat jugalah pantulannya ke arah kita. Jika perlahan lontarannya, perlahanlah pula ia memantul.

Pilihan di Tangan Anda
Bayangkan bola getah yang berwarna putih itu sebagai perbuatan-perbuatan yang bersifat positif. Dan bola getah berwarna hitam itu pula mewakili perbuatan-perbuatan yang bersifat negatif.
Sebagaimana kita mempunyai pilihan untuk melontar bola getah yang berwarna putih atau hitam, seperti itulah juga kita mempunyai pilihan untuk memilih samada untuk melakukan perbuatan yang positif ataupun negatif.
Orang yang bijak dan sentiasa berfikiran jauh sudah tentu akan memilih untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang positif. Dia akan selalu memberikan sumbangan yang positif kepada orang-orang di sekelilingnya, samada di dalam keluarganya, di kawasan tempat tinggalnya, di pejabatnya ataupun mana-mana sahaja.
Sebaliknya, orang yang terburu-buru, yang selalu kalah dengan nafsu dan tidak berfikir panjang akan melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk. Malah lebih memburukkan keadaan jika sifat buruknya melibatkan orang lain dan menyusahkan orang di sekelilingnya.
Beri Kesan Jangka Pendek dan Panjang.
Bola getah yang melantun ke arah kita hasil lontaran ke arah dinding bolehlah diibaratkan sebagai hasil perbuatan kita. Baik perbuatan yang kita lakukan, baik jugalah hasil yang bakal melantun ke arah kita nanti. Sebaliknya, buruk perbuatan yang kita lakukan, kelak perbuatan buruk itu akan memakan diri.
Bukan itu sahaja, malah semakin kuat lontaran kebaikan yang dilakukan, semakin tinggi juga manfaat yang akan terhasil. Usah difikirkan sangat manfaat bagaimana yang bakal diperolehi. Buat sahaja. Buat banyak-banyak perbuatan kebaikan.
Samada kita sebagai ahli keluarga, ahli organisasi, ahli masyarakat atau siapa pun kita, tak usah berkira. Jangan sambil lewa bekerja. Produktiflah, inisiatiflah, kreatiflah, inovatiflah. Hasilnya pasti akan melantun ke arah kita samada cepat atau lambat, sedar atau tidak. Jika tidak di dunia manfaatnya, di akhirat bakal tersedia, insyaALLAH. Makin banyak kebaikan diberi, makin banyak pulangan menanti. Itu pasti.
Sebaliknya, buat insan yang memilih untuk melakukan keburukan, nescaya keburukan itu akan melantun ke arah mereka mengikut kadarnya. Makin jahat perbuatannya, makin teruklah nanti balasan keburukan memantul ke arah mereka. Cepat atau lambat, sekarang atau nanti, di dunia atau di akhirat, pasti kena!
Justeru, saya menyeru diri saya dan kita semua agar pilihlah untuk melakukan dan menyumbangkan kebaikan pada setiap masa, walau di mana pun kita berada, kepada sesiapa pun yang kita jumpa. Berilah yang terbaik, nanti yang terbaik juga akan kita perolehi. Dan janganlah lekas berpuas hati dengan perbuatan kebaikan yang telah dilakukan. Gandakan ia dan berlumba-lumbalah berbuat kebaikan.
  • Jadi, bola mana yang anda mahu lontarkan?
  • Putihkah atau hitamkah?
  • Perlahankah atau kuatkah lontarannya?
Pilihannyanya terpulang kepada diri masing-masing. Dan hasilnya akan terpantul kepada diri masing-masing…
Related Posts with Thumbnails