Budak Kroh Headline

Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

Kenapa GMJ? [MyGMJ (Global March to Jerusalem, Malaysia - Official Website)]

Dari : Global March to Jerusalem (Malaysia Official Website)
Baitulmaqdis, Bandar keamanan dan keagamaan yang penuh bersejarah.

Baitulmaqdis merupakan bandar yang memainkan peranan yang penting bagi penganut yang beragama Islam, Kristian dan Yahudi dimana di suatu ketika dahulu, mereka hidup berjiran dalam suasana aman dan harmoni. Di kota bersejarah ini juga telah menempatkan Qubah as-Sakhrah atau Kubah Batu yang telah dibina pada kurun ke-17 yang menjadi simbolik bagi Islam kerana disinilah telah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang mana Nabi Muhammad S.A.W telah diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Ianya terletak berdekatan dengan Masjid al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci. Bagi penduduk yang beragama Kristian, Gereja Suci Sepulchre dianggap sebagai tempat yang paling suci di antara banyak-banyak tempat di Kota Lama. Manakala yang berbangsa Yahudi pula akan berdoa di tembok barat (Western Wall), iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.

Kenapa Baitulmaqdis?
Masa depan Baitulmaqdis adalah penting untuk masa depan negara Palestin kerana ianya merupakan tempat antarabangsa untuk menunaikan haji disamping menjadi pusat ekonomi bagi negara Palestin. Kerana itu, telah berkurun lamanya Baitulmaqdis menjadi kebanggaan di hati masyarakat Palestin sebagai tempat keagamaan dan bersosial bagi masyarakat Muslim, Kristian dan Yahudi.


Kenapa perlu prihatin dengan masa depan Baitulmaqdis?
Apabila Negara Israel telah diisytiharkan pada tahun 1948, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa, yang pada asalnya dimaksudkan sebagai sebuah negara Palestin. Walaubagaimanapun, pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa

Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012 ... ( Pengenalan dan matlamat) Sebarkan



Assalamualaikum Wb

Muslimin muslimat yang dikasihi

Pengenalan Program Mahabbah dan Ijtima Ulama Thurath 2012

Majlis ini ilham dari AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ( PPT -Kedah) dari persatuan pelajar Tn Guru Hj Salleh Musa .
Kemudian kami berbincang dan Alhamdulillah , Allah temukan kami dengan seorang dermawan dari Singapura bersama rakan beliau membantu menyumbangkan sumbangan untuk majlis ini . Kemudian kami bergabung dengan AJK Surau Pewaja .



MAJLIS MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 2012
Pada 1.1.2012
Hari Ahad
Tempat : Surau Perwaja Gurun Kedah Daru Aman
Jam 6.30 petang hingga 11.30 malam

Pengenalan majlis

Majlis Berbuka Puasa 'Budak Kroh' Zon Tengah (Area Selangor)

Salam Ramdhan 1432H...

Dijemput Kepada semua Budak Kroh (Bila sebut Budak Kroh, tak kira agama atau bangsa, semua boleh join) yang berada di Lembah Klang dan yg mampu menghadirkan diri untuk bersama sama menjayakan dan memeriahkan majlis.

Bayaran yg dikenakan hanya Rm 10.00

Segala Pertanyaan sila hubungi
019-3944 183 (Azmal Asparedo Mohd)
017-213 9057 (Roslani Abd Manaf)
017-619 2009 (Yon يون )
Use Google Maps, and search for = +3° 9' 36.17", +101° 36' 8.63"
   



View My Saved Places in a larger map

Persiapan Carnival Permotoran Classic Di Kuala KangSar 2011

Kepada Rakan2 yg berminat,

Budak kroh akan mengadakan konvoi ke Kuala Kangsar pada bulan april, seperti tahun2 yg lepas.
Jika anda berminat untuk serta, silalah bertanya rakan2 di sekeliling.

Dalam perancangan : Konvoi, berkemungkinan di Taja dan akan di adakan penjualn baju t'shirt konvoi.

Apa2 pun, jika ada perancangan lain, akan diberitahu kelak.
Sesiapa mempunyai motorsikal klasik, di galakkan untuk menyertai konvoi, dan kepada yg tidak mempunyai motor klasik, anda juga boleh sertai konvoi ini. Lebih ramai, lebih meriah, janji enjoy.
Makasehhh...

sila ambil perhatian!!!!

KEPADA SEMUA WARGA DISEKITAR PENGKALAN HULU. MAJLIS GOTONG ROYONG TANAH PERKUBURAN TOK GOBEK KG SIMPANG PULAI PADA 14.11.2010.PUKUL 8.30 PAGI.BAWA PERALATAN YANG
SEPATUTNYA.KALAU ADA YANG BERMURAH HATI UNTUK MENYEDIAKAN MAKANAN DAN
MINUMAN SELEPAS GOTONG ROYONG AMAT DIALU-ALUKAN.SO,SUDI-SUDIKANLAH
DIRI ANDA UNTUK HADIR.HARAP MAKLUM!!!!

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BUDAKROH 2010


# Update on 27 Ogos 2010

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setiap tahun sambutan perayaan sebegini di lakukan oleh kebanyakkan rakan2, dalam kumpulan2 yang kecil. Pada tahun lepas kami berjaya membawa beberapa kumpulan kecil, menjadi kumpulan yg besar, sehingga di war2kan didalam suratkhabar Sinar (Sila Lihat posting sebelum2 ini). Tujuan utama majlis di buat LEBIH ke arah, pengumpulan rakan2 yg jarang2 sekali kita jumpa, dengan adanya majlis seperti ini, kami harap rakan2 tak kira bangsa dan agama, dapat berkumpul pada hari yg di cadangkan. Dalam perjumpaan tersebut, kami ingin membuat kutipan seperti tertera dibawah, untuk di gunakan, di dalam majlis tersebut. Majlis di buat, berdasarkan semangat setiakawan, tiada maksud lain. Seperti tahun2 lepas majlis di buat, atas perbincangan di kedai kopi. Jika ada CADANGAN yg bernas untuk diajukan, sila kemukakan.

Agenda penggunaan duit di cadangkan :

~ Makanan dan Minuman
~ Menyewa alat - alatan kugiran
~ Pemberian duit raya kepada kanak2
~ Hadiah cabutan bertuah
~ Menyewa Dewan atau Khemah

Lokasi Majlis : Perkarangan Kedai kopi ANGAH (Berhadapan Stesen Minyak Shell)

Bayaran :

~ Rm 15.00 (dewasa)
~ Rm 5.00 (bersekolah)

Tarikh tutup pembayaran: 8/9/2010

Sebarang pertanyaan/pembayaran boleh menghubungi wakil2 yg tertera di bawah:

(WAKIL ZON TENGAH )

~ Sepol 012-348 3440
~ Zmal 019-3944 183
~ Yon 012- 2308897

(WAKIL DI KROH )

~ Angah 019-5691083 (Zulhamidee Bin Zabidi)
~ Wahab 019-4188329
~ Atan 013-4030363
~ Jasmi 013477 5992
~ Shown 0194541717

Pembayaran boleh dibuat melalui Credit transfer / Cash Deposit ke akaun

MAYBANK : 108075052375
( Zulhamidee Bin Zabidi )

Sila maklumkan Zulhamidee Bin Zabidi sekiranya telah membuat pembayaran melalui transaksi ATM/Maybank2u. Simpan salinan transaksi sebagai bukti pembayaran.

Kepada yang berada di Pengkalan Hulu boleh berhubung terus dengan beliau di kedai.

Lain2 perkara yg tidak tertera atau yang telah tertera di sini, akan di kemaskini kemudian hari, mengikut sambutan rakan2. Jika sambutan yg menggalakkan, berkemungkinan...
MACAM MACAM ADAAA
...

Mengkalau korang TIDAK membayar kutipan atau MELALUI kawasan majlis, jgn segan silu untuk singgah. Kengkawan tak berkira sangat, janji NJOY. Masing2 ada sebab, lagipun blanja tu sedekah. Peace.

One tree can start a forest, one smile can start friendship, one touch can show u care and one friend make live worth living..

Highlander Group


Di Perkampungan Felda Kaum Bumiputra, di Daerah Sungai Siput



Band Jemputan, cuba teka, lagu apa yang di dendangkan??..

Uncle Zen N Papa Skin



Practice untuk gig bulan depan, sapa nak join, sila daftar di AJIH SUKIDIO



Konvoi ke Carnival Permotoran Classic Di Kuala KangSar

Karnival vespa/motor klasik kereta antik antarabangsa 25 April 2010
Acara tahunan di Kuala Kangsar, Perak,

Perjalanan Budak Kroh yang memang bestt..


Port dekat kedai pomen ARI.


Untuk mengikut konvoi nie, tahap kesabaran mestilah tinggi. Kohkohkoh janji melayu, india, cina semua ada.


Sampai Grik.
"Biasala, motor klasik, mesti ada problem sikit2, kalau bawak jauh2"
Pomen ikut sekali konvoi tiada masalahnya, tapi yang herannya, apa motif budak pengakap ada kat situ?


Masa ni, semua orang tengah menyanyi lagu Pernantian, nyanyian kumpulan Febian. Antara lirik lagu nie,
"Penantian satu penyiksaan, Dalam kebuntuan sebuah kesampaian, Di ulit sepi yang mencengkam, Bagaikan pungguk merindukan, Bulan purnama,Indahnya nun jauh di sana"

Perlawanan Bola Sepak Piala ADUN 2010




Piala ADUN yang dirasmikan oleh YAB.Dato Seri DiRaja Mohd Tajol Rosli Bin Ghazali..Pasukan Pembuka Tirai adalah dari Pasukan Pekan Kroh vs Pasukan Air Panas...Perlawanan ini juga diserikan lagi dengan 10 das tembakan bunga api dan pancaragam dari High School Betong, Thailand..
Related Posts with Thumbnails