
Heboh
 berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap 
tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO 
extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan 
Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya 
kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran
 dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi 
pandangan dengan  membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat
 logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program 
tersebut:
1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishness
 tanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli 
keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut 
hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan 
ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan
 untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks 
dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan 
mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang 
diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah 
dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?
2.
 Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur
 dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, 
justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak 
asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal
 ini sebagai guideline kita.
3.
 Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari 
adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara 
kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.
4.
 Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi 
dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.
5.
 Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran 
keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak
 pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik 
beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal 
mencacamarbakan keturunan manusiawi.
6.
 Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur
 sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki 
dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah 
jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal 
membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana 
dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan 
anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? 
Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program 
besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?
7.
 Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI 
HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana 
ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah
 atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen 
penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud 
kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen mereka atas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia
 termasuk di dalam  hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia 
menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah
 ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau 
suami pasangan itu?. 
8.
 Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya 
disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI 
mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.
Sekian dan selamat berfikir
Dr Zaharuddin Abd Rahman
4 Nov 2011


 
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan