Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Video Rampasan Dan Penahanan Pegawai Kanan Jabatan Perhutanan Perak, Oleh SPRM

IPOH: Kemelut kes rasuah membabitkan pegawai Jabatan Perhutanan Perak belum lagi selesai apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perak bakal memanggil beberapa lagi individu ‘penting’ untuk disoal siasat.
Siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya masih ada individu yang berkemungkinan turut terbabit dalam kegiatan rasuah dan pecah amanah membabitkan nilai jutaan ringgit itu.

video
video
Tindakan diambil susulan penahanan pegawai kanan jabatan berkenaan yang menyembunyikan wang tunai berjumlah RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai RM4 juta di kediamannya di Gerik, awal pagi kelmarin. Susulan penahanan itu, pegawai kanan Jabatan Perhutanan berkenaan ditahan direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut.
Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf berkata, beberapa kakitangan termasuk pegawai jabatan berkenaan akan disoal siasat dalam membantu usaha pihaknya melakukan siasatan berhubung kes rasuah itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dilakukan selepas ini jika semua bukti yang dikemukakan sudah jelas.

“Kami akan memanggil beberapa orang lagi untuk membantu memberi keterangan kes itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi di sini, semalam. Awal pagi kelmarin sepasukan lebih 10 pegawai SPRM melakukan serbuan mengejut di kediaman pegawai Jabatan Perhutanan itu di Gerik. Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain disembunyi dalam telekung.

Serbuan itu dilakukan susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan Jabatan Perhutanan negeri dan seorang tauke balak oleh SPRM Rabu lalu, bagi membantu siasatan kes kecurian balak bernilai lebih setengah juta ringgit.

Kedua-dua mereka yang berusia 40-an dan 50-an ditahan bagi membantu siasatan berikutan penemuan lebih 300 batang balak yang siap dipotong bernilai kira-kira RM600,000 di kawasan pembalakan di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, kira-kira 190 kilometer dari sini.

Pegawai perhutanan Perak ditahan SPRM


Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2012/01/06

PEGAWAI SPRM mengira wang berjumlah RM720,000, dalam serbuan di kediaman kakitangan kerajaan di Gerik, semalam.
PEGAWAI SPRM mengira wang berjumlah RM720,000, dalam serbuan di kediaman kakitangan kerajaan di Gerik, semalam.


Wang RM720,000, buku saham dirampas

IPOH: Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menyembunyikan wang tunai RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta di rumahnya di kuarters kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik, awal pagi semalam.
Sebahagian wang tunai itu ditemui disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku pelaburan ditemui disembunyikan berasingan di beberapa lokasi, termasuk di dapur serta ruang tamu rumah pegawai kanan berusia lingkungan 50-an.
Serbuan dan tangkapan itu dibuat jam 2 pagi susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan jabatan sama bersama seorang 'tauke balak' berkait kes mencuri balak bernilai lebih setengah juta ringgit di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, tengah hari kelmarin.

Sumber SPRM berkata, pegawai itu ditahan ketika berada di dalam rumah bersama isteri serta beberapa anaknya dan hasil pemeriksaan di dalam rumah menemukan sejumlah wang tunai berjumlah RM720,000.

“Semua wang tunai dan buku pelaburan amanah saham yang ditemui dirampas dan suspek dibawa ke pejabat SPRM Perak untuk disoal siasat,” katanya di sini, semalam.

Semalam, akhbar ini mendedahkan seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak bersama seorang seorang tauke balak, masing-masing berusia 40 dan 50 tahun ditahan SPRM, Rabu lalu, berikutan penemuan lebih 300 balak siap dipotong bernilai RM600,000 di kawasan pembalakan Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu.
Dalam serbuan itu, SPRM turut menahan tiga lori sedang mengangkut balak dan merampas beberapa jentera berat di kawasan pembalakan berkenaan. Siasatan awal SPRM juga mendapati balak itu ditebang di luar kawasan tender.

Sumber berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu berikutan penemuan sejumlah wang tunai yang banyak, selain pelaburan saham membabitkan jutaan ringgit.

“Pegawai kanan itu dan dua lagi suspek yang ditangkap Rabu lalu masih ditahan untuk siasatan. Kita juga akan memanggil beberapa individu lain termasuk ahli keluarga suspek bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009,” katanya.     

Sumber

Virus Facerbook Paparkan Link dan Gambar


Virus Iklan Mc'D

Sesuatu yang sedang terjadi pada masa kini di dalam semua laman social membabitkan FACEBOOK terutamanya, FRIENDSTER, TAGGED, MYSPACE dan laman social lain. Terdapat satu virus baru yang telah dicipta oleh golongan yang tidak bertanggungjawab dan bakal disebarkan lebih meluas melalui profil anda sendiri tanpa anda menyedarinya. Virus ini beroperasi di mana ia akan membuatkan facebook anda "Sign Out" dengan sendirinya tanpa anda menekan "Log Out". Setelah anda "Sign In" kembali bermulalah pengoperasian virus tersebut, dimana ia akan memuat naik (Upload) gambar2 yang tidak diingini (Lucah) ke profil facebook anda dan akan menanda (Tag) atau menghantar ke semua senarai kawan2 anda (Friend List) di atas nama profil anda sendiri.
Virus Gambar Lucah

Secara tidak langsung ia akan menjatuhkan imej (Nama Baik) anda. Justeru itu di harap anda lebih berhati2 menggunakan laman social seperti facebook trutamanya dan lain2nya. Sekiranya anda mendapati kawan anda menanda (Tag) sesuatu ganbar seperti (Lucah) kepada anda ingatlah ia bukannya kawan anda tetapi ia adalah pengoperasian virus yang sedang menular secara automatik tanpa kawan anda menyedarinya, justeru itu diharap anda lebih berhati2 dan diharap dapat menyebarkan berita ini agar tiada fitnah sesama sendiri berlaku.
Virus Di dalam inbox

40 Kesilapan Ibu Bapa



1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

Jangan kita sangka kawan kita


Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa

Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji

Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

 Hakikatnya...

Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
Dia juga MANUSIA
Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

Kata-kata renungan dari Salahuddin Al-Ayyubi


  1. Saya meminta KEKUATAN dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
  2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.
  3. Saya meminta untuk KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.
  4. Saya meminta KEBERANIAN dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.
  5. Saya meminta CINTA dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU.
  6. Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG.
  7. Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA, tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.
"Hadiah yang berharga adalah nasihat yang baik".

Lantunan Mahabbah pada 30-31/ 12/2011


Related Posts with Thumbnails