Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Latar Belakang Balai2 polis di Pengkalan Hulu

Latar Belakang Sejarah Polis Daerah Pengkalan Hulu

Kawasan pentadbiran di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu seluas 367.68 kilometer persegi dengan jumlah penduduknya seramai 25,111 orang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk keturunan Thailand. Terdapat 2 mukim iaitu Mukim Belukar Semang dan Mukim Pengkalan Hulu yang terdiri daripada 17 buah kampung serta 14 buah Taman Perumahan.Dari sudut geografinya Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu terletak di bahagian Utara Daerah Hulu Perak, bersempadan dengan selatan Negara Thailand dan di sebelah barat Daerah Baling, Kedah.Balai Polis Pengkalan Hulu pada asalnya merupakan sebuah rumah pasong (Balai Polis) yang terletak di kampung Tasek, Kroh disekitar tahun 1909. Kampung Tasek merupakan pusat pentadbiran kerajaan pada ketika itu. Keanggotaan Balai Polis seramai 12 orang bagi menjaga keamanan diseluruh kawasan Kroh. Pada tahun 1914 pusat pentadbiran awam dan Balai Polis dipindahkan dari Kampung Tasek ke pekan Kroh. Pada tahu 1918 Balai Polis ini dipindahkan ke tapak yang sedia ada sekarang. Keanggotaan ditambah menjadi 24 orang dan dinaik taraf kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh.Pada awal tahun 1974 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga bangunan-bangunan kayu Ibu Pejabat Polis Daerah lama telah dirobohkan dan didirikan bangunan seperti yang sedia ada. Pada tahun 1984 Daerah Kroh telah ditukar nama kepada Daerah Pengkalan Hulu yang diisytiharkan oleh Almarhum DYMM Sultan Idris Shah, Sultan Perak pada ketika itu, dengan perubahan itu Ibu Pejabat Polis Daerah Kroh ditukar menjadi Ibu pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu. Pada tahun 1992 satu lagi projek pembangunan telah dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu iaitu projek tambahan rumah-rumah pegawai dan anggota kelas 'C', 'E' dan 'G'.Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu & Balai Polis Pengkalan Hulu

Latar Belakang Sejarah Balai Polis Pengkalan Hulu

Kawasan pentadbiran di bawah Balai Polis Pengkalan Hulu (Kroh) seluas 216,05 kilometer batu persegi dengan jumlah penduduknya seramai 18,450 orang yang terdiri daripada kawasan pekan Pengkalan Hulu, 14 buah kawasan perkampungan, 17 kawasan taman perumahan serta terdapat 2 mukim iaitu Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Belukar Semang. Balai Polis Pengkalan Hulu (Kroh) terletak di bahagian selatan Daerah Hulu Perak (Gerik), iaitu bersempadanan di sebelah utara dengan Negara Thailand dan sebelah baratnya dengan Daerah Baling Kedah. Kedudukan Balai Polis Pengkalan Hulu sekali dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu. Pada sekitar tahun 1909 Balai Polis Pengkalan Hulu (Kroh) hanyalah merupakan sebuah rumah Pasong (Balai Polis) di Kampung Tasek. Pada ketika itu Kampung Tasek adalah merupakan Pusat Pejabat-Pejabat Kerajaan di kawasan ini. Keanggotaan Balai Polis pada masa itu seramai 12 orang anggota. Pasa tahun 1914 Pusat Pentadabiran Awam dipindahkan dari Kampung Tasek ke Pengkalan Hulu (Kroh) termasuk Balai Polisnya, dan pada tahun 1918 sekali lagi Balai Polis Pengkalan Hulu berpindah ke tapak yang sedia ada sekarang. Penduduk di Daerah Pengkalan Hulu terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Orang Asli, Melayu, Cina, India dan Thailand (pendatang) Pekerjaan penduduk di sini adalah bekerja sendiri, berniaga, petani dan kakitangan kerajaan. Jumlah penduduk di kawasan ini :





  • Bangsa Melayu - 9,960 orang







  • Bangsa Cina - 3,830 orang







  • Bangsa India - 2,530 orang







  • Lain-lain Bangsa - 3,350 orang







  • Tel.No: 04-477 8222






  • Latar Belakang Sejarah Balai Polis Ayer Panas

    Balai Polis Ayer Panas di bawah pentadbiran Polis Daerah Pengkalan Hulu. Memandangkan Kampung Ayer Panas dan kampung-kampung sekitarnya sering diancam oleh penganas komunis maka dalam tahun 1949 sebuah Balai Polis telah didirikan di Kampung Ayer Panas iaitu di tapak yang sedia ada sekarang dengan keanggotaan pada ketika itu 1 Koperal, 5 mata-mata dibantu oleh anggota Jungle Squard dan SC. Pada tahun 1961 bangunan balai polis yang diperbuat dari kayu telah dirobohkan dan diganti dengan sebuah bangunan batu berserta 8 buah berek kelamin. Balai Polis Ayer Panas mula ditubuhkan pada tahun 1949 di atas sebidang tanah dengan keluasan 1 ekar 9 pol. Keluasan kawasan pentadbiran Balai Polis Ayer Panas ialah 30 batu persegi atau 48 km persegi bersempadan di utara dengan Negara Thailand, di selatan bersempadan dengan kawasan pentadbiran Pengkalan Hulu, sebelah timur bersempadan dengan kawasan Gerik, manakala disebelah barat bersempadan dengan Baling, Kedah.
    Tel. No: 04-477 0807

    Latar Belakang Sejarah Balai Polis Klian Intan

    Balai Polis Klian Intan di bawah pentadbiran Polis Daerah Pengkalan Hulu. Kawasan pentadbiran/jagaan Balai Polis Klian Intan seluas 46 batu persegi (11,914 hektar) yang terdiri dari Kg. Bukit Buluh, Kg. Khek, Kg. Sun Heng, Kg. Sri Utara, Kg. Sri Utara, Kg. Kong Long, Kg. Kepayang, Kg. Tanah Hitam, Kg. Bukit Asu, Kg. Pong dan Kg. Pahit Luar. Manakala kawasan taman perumahan iaitu Pekan Klian Intan, Taman Intan, dan projek perumahan penempatan masyarakat setempat (PPMS) di Tanah Hitam.Dari segi kedudukan geografinya terletak di bahagian timur dalam Daerah Pengkalan Hulu. Di sebelah utara bersempadan dengan Balai Polis Ayer Panas (Pondok Polis Lepang Nenering), manakala di sebelah selatan dan timur Klian Intan bersempadan dengan Daerah Hulu Perak (Gerik) di Kampung Lalang. Dari segi bentuk muka bumi kawasan Klian Intan dikelilingi oleh kawasan bukit-bukit iaitu Bukit Paku setinggi 2011 kaki dan Bukit Asu 1010 kaki.Memandangkan aktiviti perlombongan bijih timah berkembang dengan pesat di samping pembangunan ekonomi, aktiviti ancaman pihak komunis dalam Klian Intan meningkat serta mengancam keselamatan penduduk awam. Balai Polis Pengkalan Hulu yang dahulunya dipanggil Kroh, menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas bagi mengekalkan keselamatan nyawa dan harta benda awam, maka pihak berkuasa berpendapat wajarlah ditubuhkan sebuah Balai Polis di Klian Intan, Perak.Bertindak atas kesedaran inilah pada tahun 1909 sebuah Balai Polis yang pertama telah dibangunkan yang kedudukannya di tengah pekan Klian Intan.
    Tel. No: 04-477 8202

    Dan 2 Pondok Polis
    • Pondok Polis Kg. Tasek
    • Pondok Polis Lepang Nenering
    *IPD Pengkalan Hulu

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts with Thumbnails