Budak Kroh Headline

Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Pengikut tidak diajar solat batin


PENGKALAN HULU - Jemaah Tarikat Samaniah tidak mengajar pengikutnya menghalalkan solat batin atau meninggalkan sembahyang lima waktu.
Menurut Penaung Jemaah Tarikat Samaniah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, amalan yang diperturunkan oleh pengasas tarikat tersebut, Allahyarham Muhammad Saman Kati tidak pernah mengandungi unsur sedemikian."Tarikat Samaniah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perak selain ia pernah dibentang dan dibincangkan pada Seminar Tasauf Islam anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Kuala Lumpur pada 1985 lalu."Malahan apa yang saya amalkan selama ini tidak pernah menyentuh soal menghalalkan solat batin dan tidak pula mengamalkan apa-apa ajaran lain yang menyalahi hukum Syarak," jelas beliau ketika ditemui Kosmo! di kompleks Pondok Pak Teh yang diasaskannya di Kampung Kuak Hulu di sini semalam.Beliau menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam keterangan gambar yang disiarkan Kosmo! pada 2 September lalu yang menyatakan pengikut tarikat tersebut menghalalkan solat batin.Beliau yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perak memberitahu, sepanjang hayatnya, Muhammad Saman sering memperingat dan menekankan kepada pengamal tarikat tersebut mengenai kepentingan ilmu-ilmu tauhid dan fikah."Tujuan tarikat ialah membolehkan pengamalnya memperingati Allah pada setiap masa dan bukannya memperoleh kedudukan, pangkat atau selainnya sama ada di dunia atau di akhirat,'' katanya.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada pengamal yang tidak memahami sepenuhnya ilmu tarikat Samaniah dan terpesong.Sebagai penaung, beliau sentiasa memantau pusat utama ajaran tarikat Samaniah iaitu di Madrasah Islamiah, Batu 4 1/2, Kampung Pasir, Kamunting kira-kira 120 kilometer dari sini."Meskipun saya jarang ke sana, saya akan terus ikut perkembangan ahli kerana tidak mahu ajaran ini disalah tafsir,'' katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails