Budak Kroh Headline

Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Kenapa GMJ? [MyGMJ (Global March to Jerusalem, Malaysia - Official Website)]

Dari : Global March to Jerusalem (Malaysia Official Website)
Baitulmaqdis, Bandar keamanan dan keagamaan yang penuh bersejarah.

Baitulmaqdis merupakan bandar yang memainkan peranan yang penting bagi penganut yang beragama Islam, Kristian dan Yahudi dimana di suatu ketika dahulu, mereka hidup berjiran dalam suasana aman dan harmoni. Di kota bersejarah ini juga telah menempatkan Qubah as-Sakhrah atau Kubah Batu yang telah dibina pada kurun ke-17 yang menjadi simbolik bagi Islam kerana disinilah telah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang mana Nabi Muhammad S.A.W telah diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T. Ianya terletak berdekatan dengan Masjid al-Aqsa iaitu masjid ketiga paling suci. Bagi penduduk yang beragama Kristian, Gereja Suci Sepulchre dianggap sebagai tempat yang paling suci di antara banyak-banyak tempat di Kota Lama. Manakala yang berbangsa Yahudi pula akan berdoa di tembok barat (Western Wall), iaitu tempat yang dipercayai menjadi sebahagian daripada Bait Suci Herodes.

Kenapa Baitulmaqdis?
Masa depan Baitulmaqdis adalah penting untuk masa depan negara Palestin kerana ianya merupakan tempat antarabangsa untuk menunaikan haji disamping menjadi pusat ekonomi bagi negara Palestin. Kerana itu, telah berkurun lamanya Baitulmaqdis menjadi kebanggaan di hati masyarakat Palestin sebagai tempat keagamaan dan bersosial bagi masyarakat Muslim, Kristian dan Yahudi.


Kenapa perlu prihatin dengan masa depan Baitulmaqdis?
Apabila Negara Israel telah diisytiharkan pada tahun 1948, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menetapkan Baitulmaqdis sebagai zon antarabangsa, yang pada asalnya dimaksudkan sebagai sebuah negara Palestin. Walaubagaimanapun, pada tahun 1967, Israel menakluki Tebing Barat, Semanjung Gaza dan semua yang ada di Baitulmaqdis. Penaklukan secara haram ini tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa
tetapi Isrea telah menolak resolusi 242 PBB yang menyarankan Israel untuk menarik diri daripada Baitulmaqdis dan beberapa jajahan yang telah ditakluki.

Penjajahan dan pembersihan etnik Baitulmaqdis
Laporan Misi Kesatuan Eropah (EU) 2005 menyatakan bahawa, “motivasi utama Israel adalah untuk menguasai demografi iaitu dengan mengurangkan penduduk Palestin dan pada masa yang sama berusaha untuk menambahkan bilangan Yahudi Israel yang tinggal di bandar Baitulmaqdis”. Polisi ini adalah daripada dasar Aparteid yang bertujuan untuk memusnahkan kepelbagaian etnik, budaya dan agama sepertimana yang telah dinikmati oleh penduduk Baitulmaqdis suatu ketika dahulu.

Tembok Aparteid Israel?
Bentuk perbuatan Aparteid Israel yang dilihat sebagai paling tidak berperikemanusiaan ialah apabila terbinanya tembok Aparteid Israel setinggi tiga meter disepanjang Tebing Barat. PBB 2004 telah menggesa Israel untuk menghapuskan tembok tersebut kerana ianya memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Palestin apabila mereka terpaksa membiarkan Israel merampas tanah untuk bercucuk tanam dan sumber air mereka kepada peneroka Israel yang menjajah kawasan itu secara haram. Oleh hal yang demikian, masyarakat Palestin terpaksa hidup dalam keadaan yang serba kekurangan disebabkan oleh pencerobohan tentera Israel yang menindas mereka dengan memutuskan segala hubungan mereka dengan dunia luar dengan perintah berkurung yang berkuat-kuasa serta merta.

Wujudkah kebebasan beribadat di Baitulmaqdis?
Pihak berkuasa Israel telah menyekat kebebasan masyarakat Palestin yang beragama Kristian dan Islam untuk melakukan ibadat di Kota Baitulmaqdis meskipun di tempat-tempat suci seperti masjid dan gereja.


Mengapa tarikh 30 Mac?
Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’. Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin. Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?
Pada tahun ini, kami berhasrat untuk meraikan 30 Mac sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci. Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.

Bagaimana GMJ akan berlaku?
Sekurang-kurangnya 100 orang personaliti terkenal antarabangsa akan mengambil bahagian dalam menandatangani dokumen pentadbir GMJ itu. Sejajar itu, semua selebriti dan organisasi-organisasi kebangsaan yang menyokong GMJ akan disenaraikan dalam Lembaga Penasihat GMJ untuk menunjukkan sifat GMJ yang menolak kekejaman Israel.

Tambahan pula, satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon.

Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya.

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Bagaimana ANDA boleh membantu?
Dasar Aparteid di Afrika Selatan hanya berakhir setelah komuniti antarabangsa mengambil langkah yang berkesan untuk memerangi diskriminasi dan penindasan. Oleh itu, komuniti antarabangsa mestilah memainkan peranan yang sama dalam menentang kubu terakhir dasar Aparteid.

Bak kata Nelson Mandela, “Palestin adalah merupakan crisis terburuk moral di dunia moden ini”.

Setelah melawat Tebing Barat, Ketua Bishop Desmond Tutu menyatakan, “Ia mengingatkan saya mengenai apa yang berlaku kepada kami orang yang berkulit hitam di Selatan Afrika”.

Bagaimana Malaysia akan membantu?
Di Malaysia, Malaysia Global March to Jerusalem (myGMJ) ditubuhkan untuk menerajui sebuah gabungan NGO Malaysia tidak mengira agama, bangsa dan politik untuk mengajurkan sebuah aktiviti kebangsaan serta mengambil bahagian dalam aktiviti GMJ antarabangsa.

Sejurus dengan itu, myGMJ mengajak seluruh warga Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan amalan yang mulia ini. Ramai tokoh-tokoh negara, ahli politik, selebriti, tokoh-tokoh hak asasi manusia dan penerbit filem dijemput untuk bersama-sama menyokong dan mengesahkan dokumen myGMJ kami.

Beberapa aktiviti-aktiviti telah dijalankan di beberapa tempat dan terdapat juga aktiviti-aktiviti yang masih dalam perancangan dan akan menyusul seiring dengan acara kemuncak GMJ yang akan berlangsung pada 30 Mac 2012 seperti berikut :
  • Kempen kesedaran di sekolah-sekolah dan institute pengajian tinggi 
  • 10 wakil dari myGMJ akan menyertai perarakan global di Beirut0Inisiatif GMJ akan dimasukkan dalam khutbah Jumaat untuk dipertimbangkan oleh badan-badan agama negeri. 
  • Pelancaran myGMJ secara rasmi dan sidang akhbar akan diadakan 
  • Konvoi motor berkuasa besar myGMJ akan dilaksanakan 
  • Flashmob myGMJ akan diadakan di beberapa tempat awam yang terpilih 
  • Kemuncak acara myGMJ akan diadakan pada 30 Mac 2012 untuk diselarikan dengan perarakan lain di seluruh dunia. 
  • Penunggang motorsikal berkuasa besar (Superbikers) yang membawa 131 bendera Negara yang mengiktiraf negara Palestin akan berkumpul di satu tempat awam yang akan berlatarbelakangkan Baitulmaqdis, Masjid al-Aqsa dan Gereja Nativity. 

Sebagai rakyat Malaysia, anda boleh :
Sertai myGMJ atau mana-mana badan yang bersama-sama menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti ini. Menghebahkan mengenai aktiviti myGMJ kepada orang-orang disekeliling anda. Memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Israel seperti memboikot barangan, pelancongan, kebudayaan dan acara-acara sukan.

Dapatkan maklumat lanjut melalui kempen BDS (Boycott, Divestment & Sanctions) kami. Luahkan pandangan anda kepada pihak media massa. Menyokong projek-projek Malaysia di Palestin untuk membina semula ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Palestin. (Contohnya: kilang roti, kilang tenusu, penternakan ikan, dan al-Quran braille)

Att : Ms Rose Jazimah Abd Jalil: +6018 577 1542
Email: mujahidah.rose@gmail.com
Web : Global March to Jerusalem (Malaysia Official Website)
Facebook : MalaysiaGMJ
BORANG PERMOHONAN MENYERTAI DELEGASI MyGMJ KE AMMAN : Muat Turun Borang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails