IPOH: Kemelut kes rasuah membabitkan pegawai Jabatan Perhutanan Perak belum lagi selesai apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perak bakal memanggil beberapa lagi individu ‘penting’ untuk disoal siasat.
Siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya masih ada individu yang berkemungkinan turut terbabit dalam kegiatan rasuah dan pecah amanah membabitkan nilai jutaan ringgit itu.
Tindakan diambil susulan penahanan pegawai kanan jabatan berkenaan yang menyembunyikan wang tunai berjumlah RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai RM4 juta di kediamannya di Gerik,
awal pagi kelmarin. Susulan penahanan itu, pegawai kanan Jabatan Perhutanan berkenaan ditahan direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut.
awal pagi kelmarin. Susulan penahanan itu, pegawai kanan Jabatan Perhutanan berkenaan ditahan direman tujuh hari bermula semalam bagi siasatan lanjut.
Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf berkata, beberapa kakitangan termasuk pegawai jabatan berkenaan akan disoal siasat dalam membantu usaha pihaknya melakukan siasatan berhubung kes rasuah itu.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dilakukan selepas ini jika semua bukti yang dikemukakan sudah jelas.
“Kami akan memanggil beberapa orang lagi untuk membantu memberi keterangan kes itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika dihubungi di sini, semalam. Awal pagi kelmarin sepasukan lebih 10 pegawai SPRM melakukan serbuan mengejut di kediaman pegawai Jabatan Perhutanan itu di Gerik. Hasil pemeriksaan, pegawai SPRM menemui sejumlah wang yang disembunyikan dalam bilik, dapur dan ruang tamu rumahnya, selain disembunyi dalam telekung.
Kedua-dua mereka yang berusia 40-an dan 50-an ditahan bagi membantu siasatan berikutan penemuan lebih 300 batang balak yang siap dipotong bernilai kira-kira RM600,000 di kawasan pembalakan di Hutan Kuak Luar, berdekatan Pengkalan Hulu, kira-kira 190 kilometer dari sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan