Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Design T-Shirt Untuk Budak Kroh


Barang siapa yang nak menyumbangkan Design T-Shirt Untuk budak kroh silakan.E-mail kan kepada Yon,Ijan,Aroie.Terbuka kepada warga kroh.Pastikan ianya menarik. Syarat- syarat tambahan..... hasil kerja dalam format Corel draw atau AI.

Kad Jemputan kahwin Shahrul@Babu


Ini macam black metal or darkness stail,kad design macam ini adalah permintaan oleh Shahrul@babu sendiri.

Pondok Pak Teh Dapat Tanah 45 Hektar Untuk Majukan Pusat Pengajian






Sekolah agama rakyat atau Pondok Ad-diniah Al- Latiffiah atau pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Grik memang terkenal. Pondok ini telah melahirkan beribu-ribu pelajar pondok yang sangat berkualiti.Pondok ini dipimpin oleh seorang tok guru yang dikenali dengan Pak Teh sahaja. Sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Teh memohon dari kerajaan Perak tanah seluas 45 hektar berhampiran pondoknya untuk membolehkan pondok ini berdikari. Keluasan asal pondok ini adalah 10 hektar, milik bapa mertua Pak Teh.
Tanah yang dipohon ini mahu ditanam dengan kelapa sawit. Hasilnya diharapkan Pak Teh untuk membiayai pondoknya.Namun, setelah sepuluh tahun, kerajaan negeri pimpinan Umno tidak pernah meluluskan permohonannya itu.Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Perak, sekali lagi rayuan dibuat kepada kerajaan negeri agar permohonannya ini dipertimbangkan.Pada 26 November 2008, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar mempengerusikan mesyarat exconya. Antara laporan mesyuarat itu adalah permohonan Pak Teh ini.Selepas berbincang lima minit sahaja, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat itu meluluskan permohonan Pak Teh itu.
Haji Nizar berhajat untuk memaklumkan sendiri keputusan itu kepada Pak Teh. Namun, beliau tidak dapat dihubungi ketika itu.Haji Nizar kemudian menghubungi timbalan Pak Teh, iaitu Tuan Haji Roslan dan memaklumkan kelulusan kerajaan negeri tersebut. Haji Roslan menangis kegembiraan di atas berita kelulusan itu.Sejak itu, proses untuk mengeluarkan geran diuruskan oleh kerajaan negeri melalui pejabat tanah. Namun, apabila BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat, proses itu terhenti seketika.“Demi Allah kami meluluskan tanah sekolah agama persendirian sekolah Pak Teh sekolah Ad-Diniah al Latiffiah, Pengkalan Hulu.“26 haribulan 11 tahun lalu, sebelum kerajaan kita dirampas, saya sendiri mempengerusikan mesyuarat Exco, melulusakan permohonan 45 hektar tanah tersebut.“Depa mintak 45 hektar tanah kerajaan nak biayai sekolah pondok dari Umno tak pernah dapat, buat rayuan tak dapat jugak. Apabila kita tengok file tu balik, kita luluskan tak sampai lima minit, kerana kita tahu ini hak Pak Teh.” Demikian kata Haji Nizar ketika berucap di Kampung Kurnia Jaya ketika bertemu penduduk di situ.Baru-baru ini, kami krew kami ke Pengkalan Hulu untuk berjumpa Pak Teh dan pelajarnya bagi melihat sendiri pondok yang bertuah itu. Memang hebat.Sekolah pondok ini wajar mendapat 45 hektar tanah itu kerana ia hak mereka dan kerajaan negeri Pakatan pimpinan Haji Nizar telah menjalankan amanah yang diberikan rakyat.Amanah yang tidak pernah dapat ditunaikan oleh kerajaan negeri sebelum ini walaupun ia telah dipohon selama 10 tahun oleh Pak Teh.

harap maaf,artikel ini bukan bermaksud untuk kepentingan politik cuma untuk pengetahuan sahaja dan tiada unsur-unsur hasutan.sekian harap maklum

Pengikut tidak diajar solat batin


PENGKALAN HULU - Jemaah Tarikat Samaniah tidak mengajar pengikutnya menghalalkan solat batin atau meninggalkan sembahyang lima waktu.
Menurut Penaung Jemaah Tarikat Samaniah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, amalan yang diperturunkan oleh pengasas tarikat tersebut, Allahyarham Muhammad Saman Kati tidak pernah mengandungi unsur sedemikian."Tarikat Samaniah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perak selain ia pernah dibentang dan dibincangkan pada Seminar Tasauf Islam anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Kuala Lumpur pada 1985 lalu."Malahan apa yang saya amalkan selama ini tidak pernah menyentuh soal menghalalkan solat batin dan tidak pula mengamalkan apa-apa ajaran lain yang menyalahi hukum Syarak," jelas beliau ketika ditemui Kosmo! di kompleks Pondok Pak Teh yang diasaskannya di Kampung Kuak Hulu di sini semalam.Beliau menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam keterangan gambar yang disiarkan Kosmo! pada 2 September lalu yang menyatakan pengikut tarikat tersebut menghalalkan solat batin.Beliau yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perak memberitahu, sepanjang hayatnya, Muhammad Saman sering memperingat dan menekankan kepada pengamal tarikat tersebut mengenai kepentingan ilmu-ilmu tauhid dan fikah."Tujuan tarikat ialah membolehkan pengamalnya memperingati Allah pada setiap masa dan bukannya memperoleh kedudukan, pangkat atau selainnya sama ada di dunia atau di akhirat,'' katanya.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada pengamal yang tidak memahami sepenuhnya ilmu tarikat Samaniah dan terpesong.Sebagai penaung, beliau sentiasa memantau pusat utama ajaran tarikat Samaniah iaitu di Madrasah Islamiah, Batu 4 1/2, Kampung Pasir, Kamunting kira-kira 120 kilometer dari sini."Meskipun saya jarang ke sana, saya akan terus ikut perkembangan ahli kerana tidak mahu ajaran ini disalah tafsir,'' katanya.

rumah anak yatim al-taqwa & abunur



sumbangan boleh la disalurkan dialamat:
ASRAMA ANAK YATIM AT-TAQWA
No. 22 Kuak Luar, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.
Tel / Fax : 04-477 8088 email : pkphp22@streamyx.com

http://www.geocities.com/asrama_altaqwa/



sumbangan boleh la disalurkan dialamat:

Kediaman Abu Nur,
Kampung Simpang Pulai,
33100 Pengkalan Hulu,
Perak Darul Ridzuan
http://www.abunur.net/index.html


cadangan:buat kutipan baju-baju yang lama tapi masih elok untuk disedekahkan kepada rumah-rumah kebajikan diatas

tempat-tempat menarik di pengkalan hulu(kroh)

Pengkalan Hulu sememangnya mempunya banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Keindahan flora dan faunanya sememangnya memukau sesiapa sahaja yang berkunjung ke tempat-tempat pelancongan di sini. Antara tempat-tempat menarik di Pengkalan Hulu ialah:

Bukit Sejuk
Kem Motivasi & Rekreasi Gua Gendang
Lata Kasut
Dataran Gading

walimatulurus

askum semua rakan2.aku mewakili rakan kita shafari bin mohd azam menjemput anda semua untuk hadir ke majlis perkahwinan beliau pada 27hb 12 2009 hari ahad di kampung baru.beliau juga menjemput sesiapa sahaja untuk mengikuti rombongan beliau bertandang ke rumah pengantin perempuan pada 26hb 12 2009.kira berkonvoi la tu.

Jemputan Perkahwinan SHAHRUL AZMAN BIN EHSAN AHMAD @ bAbU @ tHe OwNeR oF jIn KuNiNg





sAlAm sEmUa.....
DiSiNi aKu InGiN mEnJeMpUt sAhAbAt-SaHaBat sEmUa UnTuK sAmA-SaMa mEmErIaHkAn mAjLiS pErKaHwInAn aKu yAnG aKaN dIaDaKan dI no 66 kG pAdAnG tAmAt,PeNgKaLaN hUlU,PeRaK pAdA hArI AhAd bErSaMaAn dEnGaN 22hB 11 2oo9...
sEbArAnG pErTaNyAaN bOlEH hUbUnGi :
-- En mAiL Di nO 013-532 3533 aTaUpUn
-- eN iwAn dI No 019-227 7978 AtAuPuN
-- En lEh Di nO 017-506 6061
sEmOgA dEnGaN kEhAdIrAn sAhAbAt-SaHaBat sEmUa dApAt MeMeRiAhKan lAgI mAjLiS kEnDuRi iNi..
p/S: AkU sAjA bG jEmPuTaN nI AwAl SuPaYa aNgPa sEmUa dPt pLaN aWaL (sImPaN mOdAl / aPpLy cUtI) dAn bOlEh mEnGhADiRi tAnPa SeBaRaNg AlAsAn hUhUHuHu
Related Posts with Thumbnails