Budak Kroh Headline

Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

Aktiviti Teroka Biji Timah Di Pengkalan Hulu

IPOH, 12 nov (Bernama) -- Kawasan seluas 14,000 hektar di Pengkalan Hulu telah dikenal pasti bagi aktiviti penerokaaan bijih timah oleh industri perlombongan, kata anggota Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak Hamidah Osman.
Katanya keputusan sama ada kawasan berkenaan mempunyai sumber bijih timah akan diketahui dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.Hamidah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Komunikasi Maklumat, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd dan Jabatan Mineral dan Geosain (JMG) Malaysia.Beliau berkata kawasan yang dikenal pasti itu akan diterokai untuk tempoh 30 tahun dan kerajaan negeri Perak akan memperolehi royalti 5.0 peratus daripada hasil yang dikeluarkan.MoU penjelajahan dan pembangunan sumber bijih timah batuan keras berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pengarah JMG Datuk Yunus Abd Razak dan Pengarah Rahman Hydraulic Datuk Seri Dr Mohd Ajib Anuar.Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Dr Mohd Ajib berkata syarikat berkenaan akan melabur RM5 juta bagi memulakan kerja penerokaan di kawasan berkenaan."Kerja penerokaan akan bermula sebaik saja syarikat menerima lesen dari kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata aktiviti perlombongan bijih timah oleh syarikat berkenaan akan menggunakan teknologi tinggi kerana perlombongan di kawasan berkenaan melibatkan usaha memecah batu dan menyaring bijih timah.
"Jika ada mineral, bukan semua daripada 14,000 hektar kawasan ini akan dilombong kerana hanya kawasan kecil diperlukan untuk mengambil bijih," katanya.
Rahman Hydraulic telah beroperasi di Klian Intan, Hulu Perak sejak 1907 dan menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah batuan keras yang terbesar di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails