Budak Kroh Headline

Subscribe Budak Kroh via email

Enter your email address:

Delivered by Budak Kroh

As Syahid Ustaz Ibrahim Mahmood@ibrahim libya

( Membicarakan syahid sebelum kesyahidannya)

" ..sesuatu yang mesti diingatkan kepada saudara-saudara yang masih hidup lagi sesudah kami para mujahiddin ini bertemu dengan Allah swt di dalam syurga firdaus. Kalau saudara/i masih hidup lagi akan berdosa kepada Allah sekiranya zuriat akan datang akan kencing di atas kubur-kubur saudara kerana saudara hidup tidak mahu berjuang dan berjihad untuk menegakkan kalimah Allah yang Maha Tinggi. Kami para mujahiddin yang sudah mati syahid dan dikuburkan berserta darah-darah merah.. kami berada di syurga dan saudara-saudara tetap berdosa dengan Allah Taala seandainya saudara masih berdiam diri..."
.
Itulah antara ucapan-ucapan jihad dari Assyahid Ibrahim Mahmood atau turut dikenali sebagai Ustaz Ibrahim Libya dalam majlis tamrin khusus kepada ahli-ahli Pas Kawasan Baling dalam tahun 1985. Beliau seolah-olah telah mengetahui saat kesyahidannya dan membayangkan telahpun berada di syurga firdaus menikmati penghormatan Tuhannya.
.
" Insyaallah kalau kita dapat mati syahid, inilah suatu kematian yang istimewa dalam dunia ini. Tuan-tuan janganlah cuba melangkah kaki berpaling ke belakang dari perjuangan Islam. Ketika kita melangkah berundur dari musuh kita, ketika kita ditembak mati, dalam hal seperti itu maka kita mati seperti mati katak. Tetapi kalau kita berada dan berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang menyekat pergerakan Islam, maka kita akan mencapai mati syahid.."
.
" Orang-orang yang mati syahid ini, tulang temulangnya serta kulit mereka tidak reput untuk selama-lamanya. Mereka tinggal di bawah tanah serta semerbak harum bau mereka. Sesungguhnya orang yang mati syahid adalah orang-orang yang duduk setaraf atau satu saf dengan penghulu para syuhada, Syaidina Hamzah bapa saudara Rasulullah Saw yang gugur syahid di medan pertempuran Uhud bersama 70 orang para syuhada Uhud. Orang-orang yang mati syahid tidak dihisap dan ditimbang menimbang akan dosa dan pahala mereka di padang Mahsyar kelak. Mereka terus masuk syurga dengan izin Allah. Malah mereka dapat pula memberi berkat kesyahidannya itu kepada 70 orang sahabat handai dan saudara mereka untuk memasuki syurga firdaus Allah SWT di akhirat"
.
"..Mereka ini akhirnya apabila mati dalam hal itu dinamakan mati syahid yang telah diambil mereka itu akan dibawa ke dalam syurga Firdaus menjadi burung-burung hijau dan memakan makanan-makanan syurga sejak daripada mula malam mereka gugur syahid itu atau siangnya tanpa ditanya atau dipersoalkan lagi.."
.
Siapa Assyahid Ibrahim Mahmood?
.
Sebelum tragedi itu, namanya kurang dikenali ahli Pas kerana Assyahid lebih aktif di Negeri Kedah sahaja. Apabila mendengar warta berita malam itu dan kejayaan pihak keselamatan dalam operasi membenteras kumpulan ajaran sesat, penyusun terbungkam dengan pertanyaan 'siapa pula penjenayah' ini kerana terlihat kaum wanita bertudung labuh hitam dan berkopiah putih di kaca TV. Sebelum itu penyusun turut ada pengalaman diserbu pihak keselamatan ketika duduk mendengar ceramah politik di Kuala Lumpur. Memang kecut perut juga bila diserbu begitu dengan silauan lampu kamera dan tubuh-tubuh gempal menerpa ketika kami asyik mendengar syarahan pimpinan.
.
Keesokan harinya, media-media masa negara bertali arus memaparkan kejadian berdarah tersebut dan itulah kali pertama penyusun mengenali nama Ibrahim Libya dan Memali. Tanda persoalan bertambah kusut apabila melihat bendera bulan di pagar rumah mangsa. Sebilangan sahabat-sahabat turut bingung dan berhati-hati untuk mengulas kejadian tersebut. Pihak yang tidak menggemari kerja-kerja dakwah turut menunding jari kepada ahli-ahli Pas kerana terpengaruh tuduhan tragedi itu berlaku kerana angkara puak pelampau agama, pendakwah dan ajaran sesat. Penyusun masih ingat betapa sukarnya rakan-rakan yang aktif dalam kerja dakwah di pejabat berdepan dengan rakan-rakan sekerja yang masih 'happy go lucky' dan ada muslimat yang bertudung didiskriminasi dan dimalukan.
.
Beberapa hari berikutnya, satu perhimpunan untuk mendengar taklimat pimpinan telah diadakan di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Waktu itu, bangunan markaz masih kecil dan dalam pembinaan. Kami berasak-asak dalam dewan yang kecil dan penyusun duduk betul-betul di tepi rostrum penceramah. Apabila Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap menjelaskan keadaan sebenar tragedi itu, hati begitu diruntun sayu dan bila beliau terhenti berucap dan tersedu, tanpa sedar airmata pun jatuh berderai. Penyusun melihat hampir kesemua hadirin turut menangis sehingga ada terdengar suara tangisan lelaki agak kuat. Antara yang penyusun melihat mengesat airmata ialah Ustaz Nakhaei Hj Ahmad Naib Yang Dipertua Agong Pas ( sebelum berpaling meninggalkan jamaah) kerana penyusun duduk bersebelahan beliau.
.
Di majlis tergempar itulah penyusun mendapat maklumat sebenarnya. Apa yang dipaparkan oleh media utama negara cukup bercanggah dengan taklimat pimpinan Pas. Tragedi itu betul-betul menjadi isu besar kepada negara dan paling memilukan dalam perjuangan Pas. Berbulan-bulan media masa melaporkan haru-biru ini dan hampir kesemua pihak lawan menyalahkan assyahid Ibrahim Mahmood dan pengikutnya kerana dianggap penjenayah, mengamal ajaran sesat, pelampau, bughah dan sebagainya. Sebelum itu, kami nyaris termakan pembohongan bila ditunjukkan ada gambar pengikut tersebut memakai tangkal di pinggang dan meminum air yasin dalam kolam untuk kebalkan diri.
.
Majlis Fatwa samada peringkat Kebangsaan atau Kedah diarahkan menyiasat perkara tersebut, apatah lagi bila ahli-ahli Pas mendakwa mereka adalah para syuhada berdasarkan matlamat perjuangan dan tanda-tanda kesyahidan pada batang tubuh mereka. Penyusun kira pihak berkenaan juga panas miang dan terdesak untuk menyakinkan rakyat bahawa para syuhada itu golongan subersif, sesat dan membahayakan negara. Mereka ( pimpinan politik) ada yang tidak sabar mengeluarkan kenyataan sebelum siasatan majlis fatwa. Sebagaimana yang dijangkakan maka fatwa mengatakan mangsa-mangsa di Memali adalah 'bughah' dan tidak syahid ma'rakah, iaitu bukan syahid perang menentang golongan yang menentang pergerakan Islam. Antara ulama rasmi yang ditugaskan menyiasatnya ialah seorang mufti dan beberapa hari kemudiannya terpampang pula dalam akhbar beliau meninggal dunia secara mengejut.
.
Mimpi
.
Dalam suasana muram itu, kami mendapat berita terkini oleh pihak tertentu bahawa ada seorang Tuan Guru Pondok di Kedah telah bermimpi bertemu assyahid. Almarhum kononnya memberitahu 'tunggulah seratus hari' maka kami pun tertunggu-tunggulah hari tersebut. Penyusun melakarkan kisah ini hanyalah untuk mengimbas kembali situasi gawat waktu itu dan kesimpatian kami yang mendalam terhadap para sahabat yang telah mendahului kami dalam perjuangan ini. Ironisnya, saban hari membelek bilangan hari di kalendar hingga hari ke seratus.. tidak pulak kami melihat sebarang tanda perubahan. Maha suci Allah yang menguasai alam ini, apakala tersibar berita gempar dalam negeri tentang surat perletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, sesalinan surat perletakan jawatan yang tersibar luas itu tercatat tarikh 'bertepatan' hari keseratus mengikut kalendar hijrah. Lagi sekali airmata penyusun berlinangan tanpa malu mengenang kebobrokan manusia yang hilang kewarasan demi menyahut kebatilan.
.
Teringatlah penyusun akan kata-kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis taklimat selepas tragedi itu:
.
" Apabila engkau melihat umatku takut untuk berdepan dengan orang-orang yang zalim dan berkata kepada orang-orang yang zalim itu, wahai si zalim! ( tidak berani mengatakan zalim kepada mereka) maka diterimalah ucapan selamat tinggal daripadanya" - hadith riwayat Imam Ahmad.
.
"Dalam satu riwayat yang lain, maka perut bumi lebih baik dari atasnya. Suatu amanat dari Rasulullah saw yang menjadi pegangan teguh kepada kita.. "
.
Pada kesempatan yang lain pula, penyusun menghadirkan diri dalam kuliah bulanan almarhum Ustaz Dato' Fadhil Noor, Presiden Pas di Masjid Ar Rahman, Kuala Lumpur. Di sana secara tidak langsung almarhum telah meriwayatkan kisah seorang sahabat Nabi saw yang bertekad untuk mati syahid dalam suatu peperangan, beliau telah melilitkan sehelai kain merah dan terus ke medan perang untuk syahid. Ini memutarkan ingatan penyusun kepada dakwaan yang mengatakan ada pengikut assyahid Ibrahim Mahmood memakai tangkal kain di perutnya sebagai tangkal kebal( baca perenggan kesembilan di atas). Jelas betapa kekeliruan dan kejahilan jika kita tidak mengkaji perjalanan sirah Nabi sehingga apa yang tersimpul dalam benak kepala itu rupa-rupanya sudah terjawab di zaman Rasulullah saw sendiri.
.
Kemudian, apabila berlaku pergeseran antara dua pihak dalam UMNO sehingga terbentuknya 2 team dan berakhir pula kepada pengharaman parti kebangsaan tersebut. Lagi sekali media masa tanpa sedar memaparkan perang mulut kalangan mereka hingga saling tuduh menuduh punca angkara tragedi berdarah itu. Akhirnya, ahli-ahli Pas khususnya termaklumlah akan siapa banjingan utama dalam kejadian tersebut dan siapa pula pihak yang menjulang panji kebenaran. Mereka membuka pekung sendiri dan tidak mustahil percikan darah syuhada itu telah mengenai pakaian orang-orang memfitnah para syuhada tersebut.
.
Biografi Asy Syahid
.
Ustaz Ibrahim Mahmood dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Memali, Baling ketika masih dalam zaman pendudukan tentera Jepun. Baling adalah sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman, sebelum ini terkenal sebagai daerah termiskin dan retetannya para petani yang disokong oleh para mahasiswa negara pernah mengadakan demotrasi terbesar di awal tahun 1970an. Di sana jugalah terjadinya perundingan antara pentadbiran kerajaan Tanah Melayu dengan pimpinan parti kominis Malaya pimpinan Ching Peng.
.
Ketika penyusun sempat bertugas di pekan Baling ini beberapa tahun lalu, penyusun dapati pembangunan daerah ini agak perlahan tetapi tidaklah seteruk dalam gambaran pemikiran sebelum menjejakkan kaki ke sana. Keperitan hidup petani mungkin tidak menyamai kepedihan luka-luka peninggalan tragedi berdarah yang ditanggung oleh waris peninggalan para syuhada dan mereka yang cedera. Cemuhan dan lebel sebagai keluarga pengkhianat negara sudah cukup membekas dalam sanubari. Pihak yang tidak menyenangi assyahid di Memali masih menaruh syak wasangka bahawa mereka 'tidak syahid' dan terus menyakininya.
.
Berdasarkan latar belakang pendidikan dan kerjayanya, terbukti assyahid mendapat pendidikan yang terbaik. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Poko Sena. Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadith. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir. Lepas itu menamatkan pengajiannya di Libya pula.
.
Bertugas di Jabatan Perdana Menteri
.
Dalam buku kisah perjuangannya, dinyatakan bahawa assyahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.
.
Membina Madrasah
( sambungan kisah ini akan diteruskan setelah penyusun menemubual adik assyahid iaitu Ust. Ismail Mahmood, beliau juga turut tercedera dalam tragedi tersebut)

posted by akram @ 12:15 AM

Kesegaran kolam air panas pengkalan hulu

HANYA lima kilometer daripada sempadan Malaysia-Thailand, Chalet Air Panas Pengkalan Hulu (CAPPH) menjadi tumpuan penduduk tempatan merasai pengalaman berendam dalam kolam air panas semula jadi.Mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan pengurusan chalet, antaranya meneroka Gua Gendang berhampiran dan meronda bandar Betong di selatan Thailand untuk membeli-belah.CAPPH juga menawarkan penginapan selesa, dewan seminar yang luas dan bilik mesyuarat dilengkapi pelbagai kemudahan audio visual. Ada tiga bilik seminar dan satu bilik mesyuarat yang sering mendapat tempahan dari jabatan kerajaan dan swasta.Pengurusnya, Noriha Ahmad, berkata chalet yang dahulu diuruskan Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) itu adalah penginapan kolam air panas dan menjadi tumpuan warga tempatan terutama pada cuti hujung minggu.
"Sejak menguruskan chalet ini, tempahan orang ramai terutama agensi kerajaan dari Perak dan tempat lain amat memuaskan."Selain bersantai di kolam air panas, mereka boleh menyeberang sempadan untuk membeli-belah. Ada datang semata-mata mencuba air panas yang dikatakan mujarab untuk mengubat beberapa jenis penyakit," katanya.
Noriha berkata, sebagai daerah yang bersempadan dengan Thailand, Pengkalan Hulu adalah daerah yang unik dengan persekitaran semula jadi dikelilingi banjaran pergunungan, sekali gus sesuai dijadikan destinasi percutian di utara tanah air.
Menurutnya, harga chalet yang ditawarkan untuk sehari semalam murah dan berpatutan dengan mempunyai tiga pakej iaitu chalet biasa (RM80 sehari), chalet VIP (RM100) manakala chalet Kenanga pula ialah RM130 sehari."Chalet VIP dan Kenanga ini mempunyai kemudahan ruang tamu yang dilengkapi dengan kusyen, kipas angin dan penyaman udara, televisyen astro dan ruang kopi manakala bilik biasa mempunyai satu ruang tamu, kipas, kusyen, satu bilik air dan dua bilik dengan penyaman udara," katanya.Noriha berkata, kemudahan lain di CAPPH ialah surau, dewan makan, kafetaria, bilik karaoke, Internet dan beberapa set komputer untuk mereka yang menempah bilik seminar."CAPPH bukan saja sesuai untuk mereka yang mahu mengadakan seminar atau mesyuarat, tetapi juga untuk sekeluarga atau individu untuk menikmati kedamaian dan keunikan kolam air panas," katanya.Tetamu chalet, Nazzatul Balkis Yamin, 20, berkata dia memilih menginap di CAPPH kerana mahu berendam di kolam air panas dan berehat di bilik yang selesa bersama keluarga."Kami sekeluarga biasa menempah bilik di chalet ini kerana dapat berendam di kolam air panas dengan selesa kerana ia tidak dibuka kepada orang ramai, selain itu tempat ini begitu mendamaikan manakala biliknya dilengkapi pelbagai kemudahan," katanya.(artikel harian metro 13/08/2009)

Part seterusnya....






maaf ye semua kawan2....sbb sibuk skit skng nie..br je lpas daftar blk utk blaja...kt umah sewa x masuk lg internet...ni br blk umah...sedikit gbr lg...
maaf ye yus...hahaha....

Sejarah Rock kat Malaysia

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.


Album hasil Battle Of The Band 1.


Album hasil Battle Of The Band 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, May dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.
Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com



Daftar Gagasan Rock Malaysia

Juara Rock (1983)
Juara Rock (1984)
Festival Rock (1984)
Battle Of The Bands 1 (1986)
Clash Of The Bands 1 (1986)
War Rock 1 (1986)
Battle Of The Bands 2 (1987)
Clash Of The Bands 2 (1987)
War Rock 2 (1987)
War Rock 3 (1988)
Hikayat Rok 88 (1988)
Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
Pancakara Di Cakerawala (1988)
Batu-Batu Perjuangan (1988)
Clash Of The Bands 3 (1988)
Rock Galactica 88 (1988)
Pesta Hiburan Kingsway ????

Konsert mini tarik remaja perangi dadah

PENGKALAN HULU - Pelbagai usaha diadakan untuk menyampaikan kempen memerangi dadah, dan antaranya ialah melalui muzik yang sememangnya mendapat tempat di hati golongan remaja. Menyedari perkara itu, Calsonic Music Enterprise bersama Band Attelary menganjurkan Mini Jammz Festival dengan menggunakan tema ‘Tiada Peperangan, Tiada Dadah,’ (No War No Drug) di Dewan Serbaguna Cina, Kampung Baru Pengkalan Hulu. Pengerusi penganjur, Md Rizal Mohd Zain berkata, konsert itu diadakan dengan tujuan utamanya untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan anak-anak muda. Menurutnya, selain itu, pihaknya juga ingin mewujudkan suasana indus�tri muzik yang bebas daripada dadah. “Kami turut menetapkan syarat kepada tujuh kumpulan muzik yang menyertai konsert mini ini dan juga kepada semua penonton, yang mana ia wajib dipatuhi sepanjang konsert berlangsung dan selepas konsert. “Paling penting, kumpulan muzik yang menyertai konsert dilarang sama sekali berkeadaan mabuk dan menggunakan dadah sebelum atau selepas persembahan serta menepati masa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Md Rizal berkata, penonton juga perlu mengikuti disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurutnya, dalam kebanyakan konsert, penonton perlu menjaga perlakuan kerana disiplin penonton lebih sukar dikawal berbanding kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan. “Kami juga menetapkan agar penonton tidak boleh berkeadaan mabuk dan menggunakan dadah sepanjang konsert mini itu berjalan dan bagi yang berteman pula, tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh,” katanya. Md Rizal berkata, konsert mini itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia tempatan apabila kira-kira 1,000 penonton berbilang kaum hadir dan mereka semua memberikan kerjasama yang baik. Menurut beliau, konsert mini itu juga berjaya menonjolkan bakat yang bagus dalam kalangan kumpulan-kumpulan yang menyertainya dan hampir kesemuanya memberikan persembahan terbaik dan berkualiti serta memuaskan penonton. “Sebanyak enam kumpulan muzik tempatan dan satu daripada Kulim, Kedah, memberikan persembahan terbaik mereka, dengan sesetengahnya membawakan lagu ciptaan sendiri,” katanya. Md Rizal turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali; ADUN Temengor, Datuk Hasbullah Osman; Pejabat Belia dan Sukan Pengkalan Hulu; Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu; Aznel Enterprise dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan sehingga konsert itu berjaya diadakan dengan jayanya. (petikan dari paper sinar harian edisi perak 03/08/2009)
Related Posts with Thumbnails