Nasihat kepada pengguna Internet:
1. Para pengguna internet yang menggunakan Wireless Router hendaklah berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada Internet Service Provider (ISP) masing-masing berkenaan bagaimana untuk meningkatkan tahap keselamatan rangkaian Internet mereka agar keselamatan talian Internet mereka terjamin dan tidak diceroboh oleh orang lain.
2. Sila matikan (switch off) Wireless Router apabila tidak menggunakan Internet bagi mengelakkan capaian Internet oleh individu yang tidak diundang.
3. Bagi pengguna media sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster dan seumpamanya, perlu berhati-hati dalam mendedahkan maklumat diri mereka seperti gambar, no. telefon dan sebagainya bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri dan menggunakan identiti mereka di Internet.
4. Jangan menulis apa-apa komen yang mempunyai unsur-unsur fitnah dan hasutan yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Ini akan membawa risiko kepada anda ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.
5. Pengguna Internet hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab terhadap setiap komen atau posting yang dibuat oleh mereka.
Dato’ Wira Syed Ismail bin Syed Azizan juga menegaskan bahawa pihak polis dengan berbekalkan peralatan dan perisian yang berteknologi tinggi, berkeupayaan untuk mengesan dan menangkap pesalah-pesalah jenayah siber dan kesemua mereka ini akan dibawa ke muka pengadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan