"Sejak menguruskan chalet ini, tempahan orang ramai terutama agensi kerajaan dari Perak dan tempat lain amat memuaskan."Selain bersantai di kolam air panas, mereka boleh menyeberang sempadan untuk membeli-belah. Ada datang semata-mata mencuba air panas yang dikatakan mujarab untuk mengubat beberapa jenis penyakit," katanya.
Noriha berkata, sebagai daerah yang bersempadan dengan Thailand, Pengkalan Hulu adalah daerah yang unik dengan persekitaran semula jadi dikelilingi banjaran pergunungan, sekali gus sesuai dijadikan destinasi percutian di utara tanah air.
Menurutnya, harga chalet yang ditawarkan untuk sehari semalam murah dan berpatutan dengan mempunyai tiga pakej iaitu chalet biasa (RM80 sehari), chalet VIP (RM100) manakala chalet Kenanga pula ialah RM130 sehari."Chalet VIP dan Kenanga ini mempunyai kemudahan ruang tamu yang dilengkapi dengan kusyen, kipas angin dan penyaman udara, televisyen astro dan ruang kopi manakala bilik biasa mempunyai satu ruang tamu, kipas, kusyen, satu bilik air dan dua bilik dengan penyaman udara," katanya.Noriha berkata, kemudahan lain di CAPPH ialah surau, dewan makan, kafetaria, bilik karaoke, Internet dan beberapa set komputer untuk mereka yang menempah bilik seminar."CAPPH bukan saja sesuai untuk mereka yang mahu mengadakan seminar atau mesyuarat, tetapi juga untuk sekeluarga atau individu untuk menikmati kedamaian dan keunikan kolam air panas," katanya.Tetamu chalet, Nazzatul Balkis Yamin, 20, berkata dia memilih menginap di CAPPH kerana mahu berendam di kolam air panas dan berehat di bilik yang selesa bersama keluarga."Kami sekeluarga biasa menempah bilik di chalet ini kerana dapat berendam di kolam air panas dengan selesa kerana ia tidak dibuka kepada orang ramai, selain itu tempat ini begitu mendamaikan manakala biliknya dilengkapi pelbagai kemudahan," katanya.(artikel harian metro 13/08/2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan